Thursday, 10 January 2019

Matematik Tahun 1

Tarikh: 10 Januari 2019

Dalam sesi Whatsapp Group, ibu bapa diingatkan supaya mengajar anak-anak
mengenai beberapa istilah seperti

Kecil daripada
Besar daripada

Contoh soalan berdasarkan istilah kecil dan besar.

1) 5 dan 7, yang manakah lebih besar?
2) 5 lebih besar daripada 3, betul atau salah?
3) 6 <  > 7 (bulatkan jawapan yang betul)


-banyak / sedikit
-lebih / kurang

Anak tahun 1 juga mesti tahu menghitung bilangan objek yang diberikan. Sebaiknya uji anak dengan memberikan bahan maujud.

Apakah bahan maujud?
Bahan maujud adalah bahan yang boleh disentuh dan dipegang seperti kayu aiskrim, klip kertas, batang mancis, pemadam, pensel, bola dan guli.

Anak tahun 1 mesti boleh menyambung pola nombor yang diberikan.
Sebagai contohnya apabila ibu menyebut nombor 7, anak boleh menyambung dengan menyebut 8,9,10.

Apapun ibu bapa jangan bimbang kerana semua latihan dan soalan dalam Modul 3 sudah memenuhi keperluan bab 1 Matematik.


No comments:

Post a Comment