Thursday, 10 January 2019

Sifir Pecahan

Tarikh: 10 Januari 2019

Rasanya kalau ibu bapa menyuruh anak-anak Tahap 1 menghafal sifir, insya-Allah mereka kurang mengeluh kerana pada Ina, anak-anak Tahap 1 ini masih mahu menghafal. Ini kerana teknik menghafal itu sendiri masih sesuai dengan umur dan tahap mereka seperti menyalin, menyanyi, mengulang dan sebagainya.

Namun, kaedah menghafal ini agak tidak sesuai untuk murid Tahap 2 seperti murid Tahun 4, 5 dan 6. Mereka sudah besar dan kaedah seperti menyanyi sudah dilihat seperti kekanak-kanakan. Apa yang suami Ina sarankan adalah satu teknik yang mengajak anak-anak menggunakan kedua-dua bahagian otak kiri dan kanan. Ini dikenali sebagai teknik Sifir Pecahan. Apabila menyebut pecahan, maka anak-anak Tahun 4,5 dan 6 merasakan bahawa pecahan tersebut sesuai dengan umur mereka. Ini kerana topik Pecahan sentiasa ada dalam subtopik Matematik.

Mereka bukan sahaja perlu mengingati baris sifir malah konsep pecahan seperti permudahkan juga dimasukkan dalam teknik tersebut. Terdapat 3 video yang boleh ditonton supaya ibu bapa dan anak-anak menguasai teknik ini secara intensif.

Jom jangan berlengah lagi, mari kita tonton. Pautan ke Youtube akan diberikan melalui Whatsapp Group masing-masing.


No comments:

Post a Comment