Pakej Lengkap Belajar Di Rumah

Tarikh: 30 Disember 2018

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Ina siapkan e-book Pakej Lengkap Belajar Di Rumah untuk ibu bapa yang mempunyai anak tahun 1 hingga tahun 6. Pakej ini dibawakan secara dalam talian setiap bulan, bermula dengan Edisi Disember (Siri 1). Pakej ini dilengkapi dengan empat modul yang bertindak sebagai Standard Operating Procedures, atau ringkasnya disebut sebagai S.O.P merupakan prosedur yang spesifik dan diperlukan untuk mencapai sesuatu matlamat atau standard. Apabila kita memutuskan untuk melahirkan anak yang bijak maka tentunya kita memerlukan prosedur tertentu yang akan memacu kita untuk mencapai segala yang dihajati. S.O.P atau keperluan spesifik ini dibahagikan kepada empat modul seperti di bawah:

Modul 1 Panduan Ibu Bapa
Modul 2 Jadual Harian
Modul 3 Latihan dan Soalan
Modul 4 “Coaching” dalam talian

Yuran bulanan bagi pakej ini adalah berpatutan iaitu RM 55 sahaja untuk semua subjek. Ina juga turut memberi diskaun tambahan kepada ibu bapa yang ingin mendaftar 2 atau 3 orang anak atau, berdaftar secara berkumpulan. Sekiranya ibu bapa ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pakej Lengkap Belajar Di Rumah, bolehlah menonton video berikut. 



  

No comments:

Post a Comment