Penulis Utama

Teks : Mazlina binti Omar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamu'alaikum wbt. Segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT.

              Moleklah kiranya Ina memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama penuh, Mazlina binti Omar. Nama panggilan Teacher Ina. Panggilan tersebut bermula sejak menapak dalam bidang perniagaan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Ini kerana taska dan tadika yang Ina tubuhkan menggunakan pengantaraan dalam bahasa Inggeris. Lama kelamaan, masyarakat setempat memanggil Teacher Ina.
Ina merupakan puteri bongsu Haji Omar bin Abdul Razak dan Hajjah Maznah binti Haji Murad. Ina bersyukur kerana dikurniakan lima orang adik-beradik iaitu tiga orang kakak (Mazita, Mazni dan Mazmar) dan seorang abang (Firdaus). Ina dilahirkan pada 14 Oktober 1982 di Hospital Wisma Lim, Sungai Petani, Kedah. Abah Ina seorang guru bahasa Inggeris KPM manakala mama pula seorang guru KEMAS.

              Ina telah mendirikan rumah tangga dengan Hasnol bin Harun. Syukur, melalui perkahwinan yang suci itu maka Ina dipilih oleh-Nya untuk menjadi ibu kepada tiga orang cahayamata, iaitu, dua daripadanya lelaki dan seorang lagi perempuan. 

No comments:

Post a Comment